Tuesday 5 May 2015


PERKHIDMATAN

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:-

1) Rawatan Bekam Darah Merawat Stress & Kelesuan Rawatan bekam ini dilakukan sebanyak 5 Hingga 11 point titik bekam penting iaitu di bahagian tengkuk, bahu dan otot belikat yang terbukti berkhasiat dalam menyembuhkan masalah stress dan kelesuan badan.

 2) Rawatan Bekam Merawat Masalah Muka/Resdung Rawatan bekam muka bagi merawat penyakit resdung, gatal-gatal muka, pening kepala dan juga jerawat.

3) Bekam Sunnah Kaedah bekam ini adalah kaedah bekam sunnah bertepatan dengan amalan Rasulullah SAW yang berbekam mengikut point yang asal iaitu pada 1400 tahun dahulu.Memberikan 1001 hikmah kesihatan keseluruhan badan seperti mata yang cerah, merawat kebas kaki, merawat masalah pinggang dan menyelesaikan juga masalah pening kepala.

4) Bekam Darah Merawat Darah Tinggi, Kencing Manis & Migrain. Kaedah bekam darah ini bagus bagi pengidap penyakit darah tinggi, migrain dan kencing manis. Ini kerana semasa proses berbekam, segala toksin, gula dan kotoron di bahagian bawah kulit kepala akan disedut keluar bersama darah bekam, insyaAllah sembuh.

5) Bekam Darah Merawat Gout Kaedah bekam ini adalah khas untuk merawat penyakit GOUT, semasa proses berbekam nanti sejumlah uric acid akan dikeluarkan bersama darah kotor yang kehitaman, insyaAllah anda tidak perlu berpantang dalam makan lagi dan kaki anda tidak sakit lagi.

6) Bekam Darah Merawat Sakit Pinggang Kaedah bekam darah ini khas dalam merawat masalah sakit pinggang, insyaAllah pinggang anda akan lega serta merta setelah tamat proses berbekam. Ginjal boleh kurang efektif dan mengeluarkan racun daripada tubuh.  Ia berisiko untuk merosakkan ginjal kerana ginjal memiliki fungsi utama untuk menyaring dan membuang racun daripada tubuh. Jika tidak ia akan diserap kembali oleh tubuh manakala sisanya akan dikeluarkan melalui urin.  Darah pula akan menjadi darah kotor.

7) Bekam Merawat Sihir & Saka Kaedah bekam darah ini melibatkan 11+1 point di sendi-sendi utama badan dan juga pembuluh darah utama badan, lokasi sebegitu memang selalunya jin mudah mendiami di bahagaian tubuh manusia. Selepas berbekam, darah kotor yang keluar agak bertali dan tempat yang dibekam berwarna kehitaman seperti terbakar.